:: FOREX ::

Apa itu FOREX?




Pengenalan Forex Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $3.5 trillion sehari!!.



Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD). Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan. Merupakan pasar terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion pada hari pasaran dibuka.



Matawang terbahagi kepada 2 iaitu Utama dan Kecil (minor). Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara besar-besaran.



Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan mestilah ada beli dan jual. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (dolar AS).



Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.



FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenali dengan urusniaga matawang dan ia juga dipanggil spot market atau pun FX merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia selama 24jam secara berterusan. Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4000 bank dari seluruh dunia.



Menurut kajian BIS (Bank International for Settlement bank sentral dunia), yang dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasar forex mencapai lebih dari USD$1,4 Trillion setiap hari dan pada masa ini, transaksi harian melibatkan 4 trillion US Dollar.



Dengan demikian, prospek untuk melabur di perdagangan forex adalah sangat bagus sejak Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil bermula tahun 1996.



FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular keranaa ROI (Return On Investment ) serta profit yang akan di jana melebihi rata-rata perdagangan lain pada umumnya (biasanya rata-rata return berkisar lebih dari 5% - 30% per bulannya, bahkan boleh mencapai lebih dari 100% per bulannya untuk professional trader).



Akibat pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga mempunyai resiko tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengurusan kewangan yang baik.



Tiada headquarters atau satu lokasi yang tertentu untuk melakukan transaksi pertukaran matawang dan pada masa ini semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan secara online melalui Internet dengan perkembangan teknologi.



Mengenali Komponen asas dalam FOREX

Setiap kali kita berdagang di Forex,kita sebenarnya membeli atau menjual antara dua matawang asing. Setiap Broker forex akan menawarkan pasangan matawang asing ini untuk didagangkan dan kita boleh mendapatkannya di platform yang telah disediakan oleh setiap broker.


Contoh :  Pasangan matawang asing
= USD/JPY, EUR/USD dan GBP/USD.



Matawang Forex diwakili oleh simbol yang telah ditetapkan.


Contohnya, US Dollar - USD, Jepun Yen - JPY,
German Pound Sterling - GBP, EURO - EUR dan Swiss France - CHF.


Matawang Forex didagangkan secara berpasangan dan unit yang mewakili pasangan ini adalah kadar harga bagi kedua-dua matawang tersebut.


Contoh pasangan tersebut :-
EUR/USD, GBP/USD
dan lain-lain lagi.

Matawang Forex terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu Direct currency dan Indirect currency. Direct currency merangkumi matawang yang nilainya lebih besar dari US Dollar. Sebagai contoh, seperti matawang Euro (EUR), Great Britain Pound (GBP).



Manakala Indirect currency pula ialah matawang yang lebih rendah nilainya berbanding US Dollar. Sebagai contoh seperti Japan Yen(JPY),Swiss France(CHF) dan Australian Dollar(AUS).



Terdapat juga trader yang mengelaskan pasangan matawang kepada Major dan minor currency.
Major currency iaitu pasangan matawang utama yang didagangkan bersama
Dollar US.

Contoh : GBP / USD, EUR / USD, AUD, USD, USD / JPY, USD / CAD & USD/CHF.



Manakala Minor currency pula iaitu pasangan matawang utama yang tidak didagangkan bersama matawang Dollar US.
Sebagai contoh :EUR/GBP,EUR/CHF, EUR/JPY,GBP/JPY,GBP/CHF & AUD/CAD

Kenapa Anda Mesti Memilih FOREX?
Forex melibatkan pertukaran mata wang dengan lebih kurang 4,500 bank dari seluruh dunia..
Forex Tidak Mempunyai Headquarters ( Ibu Pejabat ) Atau satu Lokasi Tertentu Untuk Melakukan Transaksi Pertukaran Matawang Asing Semua Transaksi ( Forex ) Matawang Asing Dilakukan Secara Online Melalui Internet Transaksi Harian melibatkan 1.5 Trillion US Dollar, Bayangkan anda 1% bahagian dari jumlah itu..


Pelabur - Pelabur Forex Boleh Bururusan Melalui 2 Jenis Akaun Iaitu Regular Atau Mini
Matawang utama dlm perdagangan Forex adalah USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD.

Cara mengkaji berita mengenai forex.

Terdapat lebih kurang 45 berita fundamental yang dapat mempengaruhi pergerakan matawang yang anda tradingkan di pasaran forex. Namun tidak semua berita tersebut mempengaruhi secara signifikan.Berita mana yang penting dan mana yang tidak penting?Ini persoalan yang perlu kita cari cara penyelesaiannya.

Baiklah, ini sudah menjadi satu isu yang penting jika anda ingin menjadi seorang trader yang berjaya setiap waktu. Hari ini ketika saya sedang menulis tentang ini kepada anda semua, terdapat kira-kira 10 berita fundamental yang patut diperhatikan mulai dari topik keputusan suku bunga hingga ke topik masalah employment change.

Satu petua untuk anda menguasai faktor fundamental dalam forex adalah dengan membacanya! Untuk anda mengetahui bahawa sesuatu berita fundamental itu penting atau tidak,ia memang memerlukan pengalaman dan pengetahuan. Namun terdapat beberapa website yang 'membantu' dengan memberikan ciri-ciri untuk setiap berita apakah berita tersebut tidak penting ,
cukup penting atau sangat penting.Amat sukacitalah jika Kita mendapatkannya.

Bagi berita-berita yang tidak penting adalah baik untuk mengabaikannya sahaja.Kenapa ye? Kerana berita-berita tersebut hanya memberikan gangguan kepada trading anda.Akan tetapi berita-berita seperti Interest rate dan Employment Change adalah sangat 'berbahaya' untuk
diabaikan begitu saja.

Perkara lain yang perlu anda perhatikan juga adalah pasangan mata wang yang anda tradingkan. Jika anda trading AUD/USD , maka cukup sahaja dengan perhatikan berita kedua-dua negara tersebut. Jika terdapat berita kenaikan suku bunga tetapi berita itu berasal dari Kanada
yang tidak perlu diperhatikan. Abaikan sahaja. Namun untuk AUD,anda juga perlu mengetahui apa yang terjadi dengan negara jiran tetangganya yang bermata wang NZD iaitu New Zealand kerana mereka mempunyai persamaan antara satu sama lain.


PERSEDIAAN AWAL SEBELUM BERMAIN FOREX

Kepada sesiapa yang buat trade sendiri, Sebelum anda menceburi bidang forex ini,anda perlu melakukan beberapa persediaan awal untuk kebaikan kepada diri anda.
Antaranya iaitu:

> Anda dinasihatkan seboleh-bolehnya memahami terlebih dahulu apa itu
FOREX sebelum mengambil langkah menceburi pasaran ini.Kenapa? Kerana
pasaran forex ini boleh melahirkan jutawan 'segera' tetapi juga boleh
membuatkan seseorang itu 'muflis' dengan segera.

> Anda perlu mempunyai modal yang cukup sebelum membuka akaun dimana mana
broker FOREX dan mempunyai back up modal. Back up modal diperlukan jika
anda tersilap dalam strategi trading forex anda.

> Mempunyai indicator yang tepat,mudah dan senang difahami bagi membantu anda memahami pergerakan forex secara keseluruhan.

> anda juga perlu mengetauhi teknik menganalisa maklumat forex secara fundamental.

> Berdisiplin dan cuba memahirkan diri dengan satu system atau teknik forex
terlebih dahulu sebelum mencuba dengan teknik yang lain.Tidak ada system
forex yang 100% untung.Tetapi anda boleh mencari teknik yang baik
dengan 70% keuntungan ataupun lebih.

> Belajar mengawal perasaan agar tidak terganggu dengan keuntungan
mahupun kerugian dalam Forex. Anda perlu tahu yang 80-95% pedagang
forex selalunya gagal. Matlamat anda mestilah berada dalam kelompok 5% iaitu
dengan memastikan kadar keuntungan anda lebih banyak dari kadar kerugian.